Monday, July 10, 2017

TAFSIRAN SURAH AL-KAAFIRUUN

AYAT 6


"Bagi kamu agama kamu, dan bagi ku agama ku."

Maka selain dari yang kita sembah itu berlainan; kamu sembah berhala aku sembah Allah Yang Maha Esa, maka cara kita menyembah pun berlainan juga. kalau aku menyembah Allah maka aku melakukan solat di dalamnya terkandung syarat dan rukun yang telah ditentukan. sedangkan kamu menyembah berhala itu sangatlah berbeda dengan cara aku menyembah Allah. Oleh sebab itu tidaklah dapat pegangan kita masing-masing ini didamaikan.

Terdapat dua makna dalam ayat ini iaitu Pertama, bagi kalian aqidah kekufuran yang kalian anuti dan bagi kami aqidah Islam. Kedua, kerana Ad-Diin bermakna Al-Jazaa' iaitu hari pembalasan yang ertinya bagi kalian balasan dan bagiku balasan. Demikian dijelaskan oleh Al Mawardi dan Muhammad Sayid Thonthowi dalam kita tafsir keduanya.

No comments:

Post a Comment